Tingkatkan Speed Streaming Youtube

Posted on Tuesday, December 1, 2009
Filed under , ,



Semua mesti tahu pasal Youtube. Aku tengok budak kecik kat kampong aku pun tahu pasal Youtube nih. Kalau tak tahu mesti orang tu baru keluar dari gua selepas beberapa peradaban keluar dari gua dan baru tahu wujudnya Youtube. Ha3 gurau je. Tak pelik pun la kalau tak kenal Youtube ke computer ke sebab tak semua orang ada computer kat rumah dorang.

Meh aku cerita sikit pasal Youtube. Youtube ni tempat orang upload dengan download video serta tempat korang streming video secara live. Lebih kurang tempat orang sharing2 video la. Makanya tak perlu download pun korang tetap boleh tengok video di Youtube. Kat Youtube ni macam2 ada. Dulu tak salah aku bahan porno pun ada berlambak dalam Youtube. Tapi sekarang sebab Youtube da perkenalkan terms and condition yang baru maka semua video porno da diremove dari Youtube.

Semua orang konpem pernah layan Youtube. Tipu la kalau yang pernah guna internet tak pernah layan Youtube. Tapi selalu kalau layan Youtube yang menjadi masalah mesti sebab streaming slow. Baru streaming 3saat loading ambik masa 10minit memang tua la nak boleh habiskan satu video je. Jadi orang selalu la tanya aku macam mana nak suruh loading dia cepat tanpa sangkut2. Ni sebab traffic Youtube sangat tinggi, Laman Youtube merupakan antara laman yang mempunyai pengunjung paling ramai mencecah billion pengunjung setiap hari.



Sebenarnya memang ada cara nak tingkatkan speed video streaming di Youtube ni. Tapi kena guna satu software. Software ni dipanggil ByWifi. Dulu aku pernah guna ByWifi ni. Dengan software ni speed video streaming meningkat 50% dan selain tu tiap kali aku tengok video kat youtube memang laju. Tak sempat aku nak kejar. Tapi bergantung jugak la kepada line dengan coverage. Kat tempat aku coverage memang selalu tiptop.

Tapi ada sedikit masalah kalau pakai software ni. Software ni akan menurunkan speed computer performance korang. Sebab tu aku xpakai da sekarang. Masa pakai memang best tengok youtube laju je. Tapi laptop aku jadi slow nak mampus. Nak shutdown pun ambik masa beberapa minit baru dia logging off. Jadi nak pakai software ni aku syorkan korang kena selalu la disk cleanup, clear private data lepas tu lagi bagus install CCleaner.

Tapi tak perlu risau tak rosaknya computer korang. Kalau korang rajin buat macam aku cakap tadi computer korang tetap macam biasa. Cuma aku memang jenis yang malas nak buat benda tadi sebab tu aku malas nak pakai software ni. Korang boleh cuba dulu kalau laptop yang mahal harga beribu2 macam laptop korang takkan ada masalahnya guna software ni.

Kalau nak download software ni korang boleh pergi sini

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

Leave a Reply

Ruangan Iklan